Pengguna
  • 7.4
  •  
Softonic
  • 7
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
1.8.40.11662010-06-02
Muat turun bulan lepas:
5,890,490
Saiz:
6.1 MB
Pembangun:

Kejar-mengejar kereta dan perlumbaan dalam talian berbilang pemain

Need For Speed World ialah francais permainan perlumbaan yang sangat popular versi baru dalam talian. Ia permainan berbilang pemain terbuka dunia besar-besaran (MMO), dengan gaya level-up RPG.

Dunia Terbuka Yang Besar

Need For Speed World menampilkan Palmont, bandar dari Need For Speed Carbon, dan juga Rockport dari Most Wanted, yang bergabung menghasilkan dunia yang besar untuk diterokai. Ada putaran malam/hari, yang menjadikannya kelihatan lebih dinamik. Tiada pejalan kaki, dan lalu lintas hanya sedikit. Ini bermakna anda tidak akan terganggu terlalu kerap ketika berlumba, tetapi menjadikan Need For Speed World tidak bermaya.

Membeli Kereta

Pilih kereta daripada jenis yang kurang menarik untuk bermula, seperti Toyota Corolla atau Mitsubishi Eclipse, kemudian ronda Need For Speed World yang luas dan cari perlumbaan. Berlumba secara berbilang pemain atau seorang diri, dan lari daripada polis. Mengelakkan polis dan kedudukan perlumbaan memberikan anda mata pengalaman dan wang, seterusnya membuka kereta yang lebih baik yang anda boleh beli dari bilik pameran Need For Speed ​​World.

Mod

Kereta anda boleh diubahsuai dengan stiker, cat dan pelekat, dan tambahan kuasa boleh dipilih dan dibeli dengan wang permainan. Need For Speed World kelihatan agak stabil, walaupun dengan ramai pemain dalam talian. Apabila anda memasuki dunia terbuka anda tidak boleh berlanggar dengan pemain lain, hanya dengan persekitaran dan lalu lintas lain. Pemain dalam talian hanya boleh menolak anda jika anda memasuki perlumbaan. Kereta dalam Need For Speed ​​World mempunyai kendalian bertoleransi gaya arked yang menyebabkan seronok bermain francais ini.

Terdapat chat dalam talian bersama perlumbaan, dan anda boleh menambah rakan dan bertemu untuk berlumba dengan mereka. Grafik bagi Need For Speed World boleh tahan, cuma kelihatan ketinggalan beberapa tahun. Bagaimanapun, ini bermakna anda tidak perlu komputer yang canggih untuk bermain!

Keseluruhan

Need For Speed World ialah permainan perlumbaan dalam talian berbilang pemain secara besar-besaran yang menarik, dan walaupun ia kelihatan agak ringkas, ia benar-benar menyeronokkan.

Bagus
  • Stabil, mudah bermain
  • Dunia perlumbaan yang luas
  • Perlumbaan berbilang pemain yang hebat
Tidak bagus
  • Beberapa pepijat
  • Penyesuaian terhad pada perubahan kosmetik
Muat turun Muat turun selamat Need For Speed World

Muat turun: Paling Banyak Windows

  1. PES 2012

    Sim bolasepak yang pintar dan cantik dilihat

  2. Plants vs. Zombies
  3. Minecraft
  4. FIFA 13
  5. FIFA 12